Tuesday 26 January 2016

Takafulink Pendidikan



TAKAFUL EDUCATION


TAKAFULINK EDUCATION


 

          Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan kita hari ini. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak diperolehi dalam harga yang rendah.

          Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan. Oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah. Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah yang pertama.

          Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.


Takafulink Education


Adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, PelanTakafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan masa depan anak-anak anda
 
Perlindungan 


Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa. Sekiranya berlaku Kematian, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.


Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum usia 25 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan berubah-ubah mengikut prestasi asas dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.



Jenis Akaun
 

Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas Dilindungi adalah berbayar dari dana tersebut.

Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% -1.5% setahun, yang dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat.


Jumlah Fleksibiliti

Anda boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan bernilai Takafulink Education, selama mana dana mencukupi dalam PIA anda bagi membayar caj-caj PRIA.  Caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun dan boleh dibayar mengikut bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.


Manfaat Elaun Pencapaian Pelajaran

Manfaat ini akan dibayar dari dana pemegang saham berdasarkan konsep Hibah (sebagai hadiah dari Pengendali Takaful kepada Peserta-peserta) dan merujuk kepada budibicara mutlak Pengendali Takaful. Jumlah maksimum yang akan dibayar dibawah manfaat ini dihadkan kepada RM 1,000. Jadual pembayaran adalah seperti berikut;


Keputusan SPM
Manfaat akan dibayar (RM)
5A’s
RM500.00
8A’s
RM1,000.00

 

Manfaat Tambahan Pilihan Takafulink Education:


1.   Pengecualian Caruman akibat penyakit berbahaya

Mengecualikan caruman dalam keadaan di mana pencarum meninggal dunia, hilang upaya keseluruhan dan kekal atau didiagnos akibat 46 penyakit kritikal.


2.   Pelepasan Cukai Pendapatan


Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM3,000 untuk Pelan Takaful Pendidikan.

 

Peruntukan Caruman Takafullink Education

 

Caruman yang dibayar adalah berdasarkan jumlah peruntukan seperti berikut:
(contoh adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000)

 
PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFULINK EDUCATION



Tahun

1

2

3

4

5

6

Tahun Seterusnya

Jumlah

Caruman (RM)

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

Peruntukan

Caruman (%)

40

50

70

70

80

80

100

Caruman Diperuntukkan (RM)

400

500

700

700

800

800

1,000

Yuran Wakalah
(RM)

600

500

300

300

200

200

0

*Yuran Wakalah (Yuran Pengurusan)

Caruman yang telah diperuntukkan akan digunakan untuk membeli unit di Dana Syariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.  Berdasarkan contoh di atas, pada tahun ke 5, RM800 akan dkgunakan untuk membeli unit di mana beberapa unit akan ditolak untuk membayar yuran dan caj untuk sijil. 
 
  




Bagaimana Dana Takafulink Education diuruskan?

 

Dana yang diluluskan oleh Syariah diuruskan secara profesional oleh Pengurus Dana yang berpengalaman serta berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang lebih keatas pelaburan anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth

• Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi. • Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.


Dana MAA Takaful Shariah Balanced


• Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.

• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.


Dana MAA Takaful Shariah Income


  Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.

• Bagi perserta yang mempunyai toleransi risiko yang rendah hingga sederhana.


Dana MAA Takaful Shariah Flexi


• Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset daripada dana tersebut.


• Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima aliran pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
 
SOALAN LAZIM
 
Siapakah yang layak?
Takafulink Education disediakan untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari hingga 15 tahun.

Bagaimana dengan kadar caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink Education pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.

Anda diberi fleksibiliti untuk membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.

Apakah pilihan yang disediakan?

Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink Education, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Takafulink Education memberikan anda tambahan fleksibiliti kepada top-up di atas dasar yang tetap dengan Takaful Saver, yang mana bermula serendah RM50 sebulan, pada masa yang sama memberikan anda 95% peruntukan caruman.

Tambahan pula, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa, dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000, juga pada 95% peruntukan caruman. Kemudahan ini disediakan untuk anda bagi memaksimumkan pelaburan anda.

Bolehkah Takafulink Education ditukar kepada Pelan Berkaitan Pelaburan yang lain?
Boleh. Pada tarikh matang orang yang dilindungi mempunyai pilihan untuk meneruskan dengan Pelan Takafulink, tanpa sebarang keterangan terhadap kebolehlindungan. Pilihan ini mesti dibuat dalam masa 60 hari pada Tarikh Matang bagi jumlah muka dibawah Pelan Takafulink Education, melainkan keterangan terhadap kebolehlindungan diperlukan.

Bagaimana dengan penilaian harga unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan Syariah MAA Takaful.

Bagaimana dengan penyertaan perkongsian lebihan Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)?

Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh Para Peserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 50:50.

 

No comments:

Post a Comment

Apa itu Hibah Takaful ?

assalamualaikum w.b.t semua shbt2 warga2 blogger.. .dh lamo rasonyo kawe xupdate blog ni.. hehehe..ok tuan2 ...... arini sy nak ...