Tuesday 26 January 2016

PELAN TAKAFUL KELUAGA

PELAN TAKAFUL KELUAGA BERKAITAN PELABURAN

Takafulink merupakan pelan Takaful Keluarga yang memberi anda kebebasan perlindungan juga pelaburan yang diluluskan Syariah tanpa adanya prejudis. Ianya unik kerana ia menawarkan perlindungan serta kaedah penabungan tetap secara berdisiplin. Pelan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan

. Sebahagian daripada caruman anda dikumpul dan diurus oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan pelaburan yang menarik.

MENGAPA PELAN TAKAFULINK?

Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda menjamin masa depan yang anda impikan serta perlindungan kewangan yang anda perlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

DANA-DANA TAKAFULINK

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth· Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi
· Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi

Dana MAA Takaful Shariah Balanced
· Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang
· Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi

Dana MAA Takaful Shariah Income· Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
· Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana

SIAPAKAH YANG LAYAK?
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

BAGAIMANA DENGAN KADAR CARUMAN?
Anda boleh memiliki Takafulink pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membuatcaruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.

APAKAH PILIHAN YANG DISEDIAKAN?
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekaligus sebanyak RM1,000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam akaun Pelaburan Peserta (PIA).

ADAKAH CARUMAN YANG DIBAYAR DIBERI PELEPASAN CUKAI?
Caruman yang dibayar diberi Pelepasa Cukai, beserta Takaful Keluarga / Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

No comments:

Post a Comment

Apa itu Hibah Takaful ?

assalamualaikum w.b.t semua shbt2 warga2 blogger.. .dh lamo rasonyo kawe xupdate blog ni.. hehehe..ok tuan2 ...... arini sy nak ...