Sunday 13 March 2016

Takaful Link


TAKAFULINK


MAA Takaful Berhad telah memperkenalkan ' killer product ' satu-satunyaproduk takafulink di Malaysia yang dinobatkan sebagai The Most Oustanding Takaful Product untuk 2009, 2010 dan 2011 di KLIFF. Pada 2012, MAA Takaful Berhad sekali lagi telah memenangi The Most Outstanding Islamic Retail Product for 2012




Pengiktirafan terhadap produk ini telah dibuat oleh pakar-pakar kewangan Islam dari pelbagai negara. Oleh itu, para pelanggan yang masih tercari-cari produk perlindungan takaful di pasaran supaya tidak perlu bersusah payah lagi kerana MAA Takafulink mampu memberikan perlindungan yang komprehensif kepada keperluan anda, insyaAllah..
Akaun Peserta
Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:
Akaun Pelaburan Peserta(PIA) 
Akaun ini dikenali sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta akan dimasukan kedalam akaun ini selepas ditolak yuran wakalah.Yuran wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai bayaran fee atau upah kepada ajen peserta didalam menguruskan perniagaan takaful.PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.  
Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) 
PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.

Dana-dana Takafulink
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.


PILIHAN DANA


Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana Dana Shariah MAA Takaful yang bersesuaian dengan tujuan pelaburan anda dan tahap toleransi risiko:
Dana Shariah Growth MAA Takaful
         Menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam portfolio pelaburan ekuiti yang berlandaskan Shariah dan mempunyai potensi pertumbuhan modal yang tinggi.
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.
Dana Shariah Balanced MAA Takaful
        Menyediakan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam pelaburan yang menggunakan strategi peruntukan aset campuran berlandaskan prinsip Shariah.
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil sederhana dan tinggi.
Dana Shariah Income MAA Takaful
        Menyediakan pulangan pendapatan yang stabil melalui pelaburan Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam di samping pelaburan ekuiti yang berlandaskan Shariah dan menjana dividen.
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil rendah dan sederhana.Dana Shariah Flexi MAA Takaful

        Menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset.

        Sesuai bagi pelabur yang memilih untuk menerima aliran pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
MAA Growth Syariah 2


        Growth Syariah 2 MAA bertujuan untuk menyediakan pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang. Ini dapat dicapai dengan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pelbagai portfolio ekuiti yang diluluskan Syariah dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.


        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi yang mana mereka lebih suka akan pertumbuhan modal.


MAA Balanced Syariah 2


        Balanced Syariah 2 MAA bertujuan untuk menyediakan pendapatan yang stabil dan potensi peningkatan modal jangka masa sederhana hingga panjang. Ini dapat dicapai dengan melabur dalam campuran portfolio yang seimbang mengikut Syariah termasuk ekuiti berlandaskan Syariah, sukuk dan lain-lain Instrumen hutang Islam dan deposit dan instrumen pasaran wang yang dibenarkan Syariah.
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil sederhana dan tinggi yang mana mereka lebih suka akan kadar yang berpatutan.


MAA Income Syariah 2


        Income Syariah 2 MAA bertujuan untuk menyediakan tahap pendapatan yang stabil. Ini dapat dicapai dengan melabur dalam pelbagai portfolio sukuk dan instrumen pasaran wang jangka pendek yang diluluskan Syariah, dengan sebahagian kecil dalam ekuiti berlandaskan Syariah.
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil rendah dan sederhana yang mana mereka lebih suka akan peningkatan modal yang stabil.


Flexi Syariah 2 MAA


        Flexi Syariah 2 MAA bertujuan untuk menjana peningkatan modal jangkamasa sederhana hingga panjang. Ini dapat dicapai melalui fleksibiliti peruntukan aset dalam ekuiti berlandaskan Syariah, sukuk dan lain-lain Instrumen hutang Islam dan deposit dan instrumen pasaran wang yang dibenarkan Syariah.

        Sesuai bagi pelabur yang memilih aliran pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.






SOALAN LAZIM





Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?

Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Bagaimana dengan kadar caruman?

Anda boleh memiliki Takafulink dengan caruman serendah RM100 sebulan atau RM1200 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau secara tahunan.

Apakah pilihan yang disediakan?

Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda melalui pemberhentian caruman dan masih menikmati Perlindungan Takafulink selagi baki di dalam PIA masih mencukupi untuk membayar Tabarru’. Sekiranya jumlah PIA tidak cukup untuk membayar Tabarru’, Sijil Takaful akan tamat. Sijil Takaful boleh dikuatkuasakan semula dengan membayar Yuran Penguatkuasaan Semula sebanyak RM50. Takafulink memberikan anda tambahan fleksibiliti kepada tambah nilai di atas dasar yang tetap dengan Takaful Saver, yang mana bermula serendah RM50 sebulan, dan pada masa yang sama memberikan 95% peruntukan caruman. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk melakukan tambah nilai (bukan lazim) kepada pelaburan anda pada bila-bila masa dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 pada 95% peruntukan caruman, dengan yuran tambahan sebanyak RM25. Kemudahan tambah nilai disediakan untuk memaksimumkan pelaburan anda. Tambahan pula, Peserta juga mempunyai kemudahan untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada jumlah peruntukan unit di dalam PIA ke Dana MAA Takaful Shariah yang tertentu kepada Dana Shariah yang lain secara percuma.  Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam PIA tertakluk kepada bayaran bagi pengeluaran separa sebanyak RM50.

Adakah Manfaat Tambahan boleh disertakan pada pelan Takafulink?

Terdapat pelbagai jenis Manfaat Tambahan untuk disertakan bersama Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda untuk maklumat lanjut.

  
Bagaimana cara saya membuat tuntutan di atas Sijil Takaful?
Apabila berlaku tuntutan, anda hanya perlu maklumkan Pengendali Takaful secara bertulis tentang hal tuntutan yang ingin dikemukakan dan kami akan menghantar borang tuntutan yang perlu kepada anda. Makluman bertulis mesti dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh tuntutan.

 Bolehkah saya menyerahkan Sijil Takaful saya?

Ya, anda boleh menyerahkan Sijil anda. Jumlah PIA akan dibayar apabila anda menyerahkan Sijil Takaful anda. Jumlah PIA adalah tidak dijamin.Oleh itu, anda ianggap telah menamatkan Perlindungan Takaful anda dan tiada Manfaat akan dibayar daripada PRIA.

 Adakah terdapat caj serahan dikenakan ke atas Sijil saya?

Tidak. Tiada caj serahan akan dikenakan ke atas Sijil anda.

Bagaimanakah dengan penilaianharga unit?

Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan pembahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan Dana Shariah MAA Takaful.

Adakah Caruman Yang Dibayar Diberi Pelepasan Cukai?

Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai, berserta Takaful Keluarga/Insuran Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000 tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.


CONTOH PELAN MAA TAKAFULINK

Anda boleh meletakkan berapa sahaja nilai manfaat asas yang anda inginkan malah ia boleh mencecah jutaan ringgit. Berikut adalah contoh pelan MAA Takafulink dengan nilai asas RM1 Juta!:

Nama : Encik M
Umur : 30 thn (Umur terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok

Sumbangan : Hanya 
RM8,000 setahun atau RM666.66 sebulan
Perlindungan / Manfaat :-

Pampasan Kematian (Biasa) – 
RM1,000,000
Pampasan Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) – 
RM1,000,000
Pampasan Kematian (Kemalangan) – 
RM1,100,000
Pampasan Hilang Upaya Kekal (Kemalangan) – 
RM1,100,000
Elaun Hospital – 
RM200 / hari
Perlindungan 36 Penyakit Kritikal – 
RM200,000
Pengecualian Caruman – 
RM8,000 setahun
Kecacatan akibat kemalangan – bayaran mengikut % dari nilai perlindungan kemalangan sebanyak 
RM100,000





JANGKAAN PULANGAN PELABURAN / SIMPANAN**

Selepas 15 tahun sumbangan – RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan – RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan – RM 215,413

** pulangan pelaburan / simpanan adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin – bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF – 100%)


KESIMPULAN

Bagi mereka yang menginginkan pelan perlindungan di samping membuat simpanan dan pelaburan, ini adalah pelan yang tepat untuk anda. Hubungi saya hari ini untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Apa itu Hibah Takaful ?

assalamualaikum w.b.t semua shbt2 warga2 blogger.. .dh lamo rasonyo kawe xupdate blog ni.. hehehe..ok tuan2 ...... arini sy nak ...