Wednesday 20 January 2016

Manfaat Elaun Hospital


Manfaat Elaun Hospital : Perlu Atau Tidak?

Ramai yg bertanyakan saya isu manfaat takaful elaun hospital sebuah syarikat insurans / takaful yg tiada lagi utk klien baru.

Ini adalah pandangan saya, sedaya mungkin tidak bias menggunakan ilmu dan sedikit pengalaman yg saya ada dlm bidang servis perancangan kewangan.

Bagi ejen yang gunakan stail sales-appoach, akan mengalami masalah kerana elaun hospital merupakan daya penarik utk pelanggan.

Tapi bagi ejen yang menggunakan pendekatan khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan, dalam konteks takaful sebagai income protection, manfaat elaun hospital bukan prioriti.

Prioriti Elaun Hospital


Prioriti adalah manfaat kematian, lumpuh, kemalangan dan sakit kritikal serta medical card.

Elaun hospital sebagai sebagai kosmetik, jika ada bajet lebih. Saya jarang cadangkan manfaat ini utk klien.

Walaupun syarikat takaful / insurans yang terlibat tiada kaitan dgn saya, tapi bukan cara beretika utk seseorang ejen memburukkan kompeni takaful lain.





[Edisi Insuran/Takaful ]: LECEH GILA NAK CLAIM



Bergantung dari sudut mana yg anda tengok. Syarikat boleh bayar RM972 juta claim setahun, kalau RM2000 anda minta claim tak berbayar mesti ada sebabnya.

RM2000 bayar jelah apa susah, untung banyak!

Pelanggan yg berjaya dapat claim, dari syarikat mana pun, takkan viral kan berita claim mereka walaupun dibayar RM15000 seperti pelanggan saya. Ini kerana hal kesihatan adalah sulit dan persendirian. Agen yg bersemangat saja yg biasanya cuba viralkan claim pelanggan sendiri - berbangga denga usaha mereka.

Tetapi bila RM2000 claim lambat sedikit disebabkan teknikal, 30,000 kali viral jadinya!
Nampak tak mindset viral media sosial baru-baru ini? Syarikat lain pun ada saja yg claim dilambatkan dan ditolak. Tak jadi viral pun sebab:

1. Orang tak kisah pasal sangat syarikat tersebut.
2. Pengguna dan agen bersikap matang dalam menyelesaikan masalah.
3. Aduan telahpun dibuat kepada pihak berwajib.

Nasihat saya jika nampak kes viral syarikat lain "tak boleh claim", kita agen Takaful jagalah akhlak islami kita dan tak perlu viralkan kes syarikat lain tanpa siasatan. Ini bukan arahan saya tapi dari Quran, jika anda beriman dengan-Nya, dalam surah al-Hujurat 6.

Proses claim tidak susah dan tidak juga senang, ikut prosedur dan peraturan syarikat, dan ikut undang-undang di bawah penyeliaan Bank Negara, senang saja claim.

 INSURAN BOLEH TUKAR TERMA DAN SYARAT BILA-BILA

Boleh seperti 12.9.1 dalam gambarajah. Jika diarahkan kerajaan Malaysia. Antara kes yg telah berlaku baru-baru ini:
1. GST - arahan dari kerajaan Malaysia untuk mengenakan 6% GST untuk semua manfaat dan rider kecuali manfaat kematian. Maka notis diwartakan, dikeluarkan dan dikhabarkan kepada pemegang polisi sedia ada.
2. MH370 yg hilang- penyiasatan tidak lengkap kerana mayat tidak dijumpai dan serpihan kapal saja yg ditemui. Mengikut undang-undang, jika seseorang pemegang polisi hilang, hanya selepas 7 tahun saja baru pampasan kematian dapat dibayar. Namun, dengan pengumuman kerajaan bahawa MH370 ditimpa "kemalangan", maka wajiblah insuran membayar manfaat kematian dan kemalangan sekaligus.
Gambarajah 1
Bagaimana pula dengan kes yg BUKAN arahan kerajaan Malaysia? Orang suka baca 12.9.3 buku polisi [sila rujuk gambarajah 1) sebagai menunjukkansyarikat takaful/insurans  boleh ubah terma dan syarat sesuka hati, lantas memburukkan syarikat takaful/insurans. Ya, semua syarikat Takaful/insuran mempunyai klausa yg lebih kurang sama saja. 
Syarikat Takaful/Insurans boleh menukar terma yg TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA HAK DAN MANFAAT DALAM SIJIL (12.9.3) [mohon rujuk gambarajah 1). Maknanya berapa nombor yg dijanjikan itulah yg syarikat perlu tunaikan asalkan claim itu valid, tiada fraud dan mengikut undang-undang.
Kes viral yg berlaku pada salah syarikat Takaful pada awal tahun ini , di mana GL disekat utk kemasukan wad penyakit ringan kali ketiga dalam setahun, adakah ia merubah manfaat dalam sijil?
Tidak. Menyekat GL bukanlah menafikan hak pembayaran balik (reimbursement) manfaat perubatan. 
Adakah ia menipu pelanggan? Kontrak TIDAK menipu pelanggan tapi tak tahulah apa yg dikomunikasikan oleh agen kepada pelanggan. Barangkali tiada pengurusan harapan (expectation management), yg membuatkan pelanggan berharap bulan dan bintang semuanya dapat cover dan semua boleh claim.
Apa yg kita boleh belajar di sini? Perlu celik perubatan dan celik undang-undang. Dan semestinya celik kewangan!




 KEPENTINGAN SYARIKAT - MENYIASAT DAN MENJAGA KUALITI

Ya, syarikat takaful ada kepentingan juga untuk menjaga bisnes. Takkanlah anda bayar RM200 sebulan untuk 5 bulan, lepastu anda terus nak claim pembedahan batu karang RM11,000! Tak acilah, peserta lain yg dah mencarum 10 tahun ada yg tak pernah claim lagi, awak 5 bulan terus nak claim. Inilah anti-selection namanya! (Rujuk gambar)


Mestilah syarikat mahu siasat dahulu jika anda sudah mempunyai penyakit batu karang sebelum ini dan anda tidak beritahu kepada syarikat takaful (non-disclosure, suppression of material facts).
Adakah ini tindakan salah, tidak patuh syariah dan menipu pelanggan? Tidak. Malah, ada provisi dalam takaful operational framework lagi!

Bagi yg "menipu" atau "tidak beritahu" fakta penting tentang kesihatan mereka seperti berpenyakit kritikal atau kronik seperti lemah jantung, kanser, stroke dan lain-lain, tetapi masih mencarum takaful, syarikat boleh membatalkan polisi dan pulangkan wang yg dicarumkan (ada pengiraannya).
Siasatan boleh dilakukan semasa underwriting (proses selepas permohonan) berlaku dan boleh juga semasa proses claim. Percayalah lebih baik disiasat semasa underwriting. Siasat masa claim semua orang pening kepala.


 Polisi Takaful hantaran Kahwin Era Terkini

Musim kenduri kawin dah tiba.. 💑 Bertuah bakal pengantin dapat hantaran Polisi Insurans sebagai lambang kasih sayang.. Hadiah paling mahal



Menarik untuk dikongsi bersama entry kali ini. POLISI TAKAFUL HANTARAN KAWIN ERA TERKINI....errmmm apa komen anda semua...jomlah kita fikirkan untuk seketika dan kita sebenarnya mampu mengubahnya...Penulis juga turut mengesyorkan agar kita membuat pembaharuan dalam tradisi hantaran perkahwinan. Bagi pendapat cik puan, ianya sangat memberi manfaat buat insan yang kita sayangi dan berpanjangan...salah satunya istiqamah dalam beramal jariah...InsyaAllah. Hadiah tetap ada tetapi ianya akan habis dan sekejap jer...tetapi polisi Takaful sebagai barang hantaran sangat baguskan...

Kita boleh mengubah adat yang lama kepada yang lebih baik. Bukan hendak dibuang yang lama tetapi yang baru boleh diwujudkan sekiranya ia mendatangkan kebaikan buat kita semua...tak gitu..Tepuk Dada jangan tanya selera tapi jawab dengan akal...

Antara petikan yang terdapat dalam buku Ke Mana Wang Anda, tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir mengenai polisi Takaful sebagai  hantaran kawin.   Dengan adanya polisi Takaful ia menunjukan begitu prihatinnya bakal suami untuk membuat persediaan buat bakal isterinya. Jumlah polisi yang diambil serta manfaat yang termuat daam polisi tersebut boleh dijelaskan dalam mock policy yang diletak di atas dulang hantaran. Ini boleh ditulis dalam tulisan besar atau sejelas mungkin supaya ramai yang datang dapat melihat hantaran kawin Era kini.

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. dengan nilai polisi sekurang-kurangnya Perlindungan RM 100,000.00 (Simpanan Tahunan Tak Banyak pon) ataupun lebih. Mungkin tak nampak kesan sekarang..If berlaku musibah sekurangnya kita manfaatkan wang kita semasa tengah banyak dan waktu kita sihat. Sangat bermanfaat. Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan fenin nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....


ADAKAH PLAN PERUBATAN BERSAMAAN DENGAN KAD PERUBATAN?

Jawapan: Tidak sama.

Bacalah mana-mana buku polisi. Manfaat PLAN perubatan tidak sama dengan KAD perubatan, dan tiada apa-apa klausa yang menyatakan sedemikian.

Contohnya had tahunan perubatan anda RM100,000, adakah terus-menerus anda boleh habiskan semuanya sesuka hati dengan KAD itu? Boleh, dengan beberapa penyiasatan dan paperwork tertentu!


Analogi yg senang ialah akaun simpanan dan debit kad. Anda mempunyai akaun simpanan, di dalamnya ada wang RM100,000. Adakah anda boleh bawa keluar SEKALIGUS SEMUA wang anda dalam akaun tersebut melalui mesin ATM? Sudah tentu tidak. Anda kena pergi kaunter dan buat paperwork tertentu.

Jika anda KEHILANGAN kad debit tersebut, adakah bermaksud anda hilang wang RM100,000 itu? Tentulah tidak. Minta ganti dari bank saja. Begitu juga dengan kad perubatan, jika HILANG minta ganti saja, bukanlah hilang semua manfaat perubatan.


Jika bank akaun simpanan itu mengumumkan debit kad anda TIDAK DAPAT DIGUNAKAN di beberapa shopping mall atau stesen minyak tertentu, adakah ia bermaksud hak anda dirampas dan wang anda berkurangan? Sudah tentu tidak. Perkara yg sama jika syarikat takaful mengumumkan hospital sekian sekian bukan panel, kad perubatan TIDAK DAPAT DIGUNAKAN. Sila "pay first and claim later". Hak anda tidak pernah dinafikan mahupun dikurangkan.

Jadi, bezakan antara kontrak dan kemudahan (fasiliti). Plan perubatan (analogi akaun simpanan) adalah kontrak. Medical card (analogi debit kad) adalah fasiliti.

--------------------------------------

Kegunaan kad perubatan hanyalah untuk hospital panel. Sebab itu perkataan "kad perubatan" tidak dimasukkan ke dalam klausa, kegunaannya SANGAT TERHAD. Tetapi apabila klausa "manfaat perubatan" yg dimasukkan, ia lebih merentas masa, tempat dan situasi!

1. Hospital bukan panel seperti hospital kerajaan, hospital di luar negara, hospital swasta yg kecil-kecilan, pusat dialisis, pusat kanser, rawatan outpatient sebelum dan selepas masuk wad macamana nak claim? Jadi mesti bayar dulu, claim kemudian bawah klausa manfaat perubatan.

2. MMA (Malaysian Medical Association) melalui PHFSA (Private Healthcare Facilities and Services Act) boleh menukar arahan atau peraturan masuk wad dan harga barangan perubatan. Arahan boleh bertukar-tukar di masa hadapan. PHFSA sudah ada jadual ke-13! Ya, fasiliti kad perubatan sedia ada mungkin tak boleh keep up dengan peraturan/pekeliling yg dibuat oleh PHFSA atau Kementerian Kesihatan Malaysia!

3. Bacalah word-by-word dalam buku polisi anda, mana-mana syarikat sekalipun. Tiada perkataan KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) di situ. Perkataan yg sering digunakan ialah REIMBURSEMENT atau PEMBAYARAN BALIK. Drama juga kan kad perubatan Malaysia ni? Di negara maju, kad perubatan hanya berfungsi sebagai ID atau pengenalan saja, tapi di Malaysia ianya dipromosi seolah-olah jawapan kepada semua masalah!

Jadi adakah medical card ini menipu semata-mata? TIDAK menipu, ia hanya sebuah kemudahan oleh semua syarikat insuran dan takaful. Cara yang betul ialah, bayar dulu dan tuntut bayaran balik seperti dalam terma dan syarat. Tapi kalau kad perubatan mahu bayarkan terus, apa salahnya?

Bersambung siri 3... Ya saya tau banyak isu yg perlu dijelaskan lagi2 kes viral baru-baru ni. Siri 1-4 ialah muqaddimah konsep dan kefahaman berkenaan manfaat perubatan. Dah siapkan siri-siri dari minggu lepas lagi tinggal nak pos secara berkala saja.




No comments:

Post a Comment

Apa itu Hibah Takaful ?

assalamualaikum w.b.t semua shbt2 warga2 blogger.. .dh lamo rasonyo kawe xupdate blog ni.. hehehe..ok tuan2 ...... arini sy nak ...