assalamualaikum w.b.t semua shbt2 warga2 blogger..
.dh lamo rasonyo kawe xupdate blog ni..
hehehe..ok tuan2 ...... arini sy nak share @ ceritakan sikit berkenaan
satu isu penting yg boleh menyebabkan berlakunya kucar kacir /perbalahan dan
perpecahan sesama ahli keluarga iaitu HIBAH TAKAFUL...
APA ITU HIBAH TAKAFUL?
Hibah bemaksud hadiah,hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian)
yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat &
tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL?
- Penama adalah penerima mutlak.
- Pampasan tidak perlu melalui
prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
- Mengelakkan konflik keluarga
(perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan
mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
- Penama boleh diletakkan atas
nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.
HIBAH VS FARAID
Berikut ialah cara pengagihan mengikut sistem faraid
bagi individu muslim.Hukum faraid adalah WAJIB.Dengan hibah,pampasan kematian tidak
perlu melalui sistem faraid
Jika berlaku kematian,semua harta & akaun simati termasuk
simpanan,asb,epf akan di bekukan sementara bagi melalui
proses wasiat atau faraid.
Hibah
Takaful (pampasan takaful) sahaja instrumen yang terbaik untuk penama
mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang
dibekukan dapat dicairkan semula.
Dengan hibah
takaful,konflik keluarga atau perebutan harta pampasan dapat dielakkan
jika tuan/puan ada
sebarang soalan boleh hubungi sy ye..terima kasih