Wednesday, 27 January 2016

Pelan Kemalangan Diri..Serendah Rm20 sebulan

Assalamualaikum w.b.t..

Hari Raya  Aidilfitri semakin tiba,

semakin tiba semakin banyak  bahkan setiap hari yg kita dengar tentang kemalangan jalan raya yg berlaku...
kemalangan yg cedera parah..kemalangan maut...subhanallah takutnyeee...

Sudahkah anda memiliki polisi Kemalangan Diri ??Jika sudah Alhamdulillah...Jika masih belum boleh apply ngn sy..hehehe...serendah RM 42 sebulan @ RM 303 setahun




cth :        seorang lelaki berumur 30-39 tahun.. 
               bekerja sbgai pemandu lori ( kelas pekerjaan 3)
               polisi plan 2




Contoh pelindungan yang di ambil RM100,000
1. Pampasan Kematian akibat kemalangan,  – RM100,000
2. Pampasan berganda Jika kematian melibatkan kenderaan awam, , teksi, bas atau sebarang jenis pengangkutan awam – RM200,000
3. Pampasan Hilang Upaya Penuh kekal (HUPK) akibat kemalangan  – RM100,000
4. Kematian atas sebarang sebab - RM 20,000
5. Bayaran ambulan - RM500
6. Pampasan lumpuh sementara (MC minimum 7 hari– RM200 seminggu 
7. Pampasan lumpuh separa (kerja ringan minimum 7 hari– RM100 seminggu
8. Elaun Hospital kerajaan akibat kemalangan  – RM 50 sehari

9. Patah tulang / kelecuran  – RM 10,000
10.Diskaun Tanpa Tuntutan 20% (Tahun Ketiga)


jika nak tahu selanjutnya bole hubungi saya ye..







Pelan Kemalangan Zurich Takaful..


PATINA2016     adalah    pelan Takaful Keluarga Kemalangan Diri Standalone.

Produk   mampu   milik   untuk   semua generasi.

Ada   6    pelan       untuk dipilih ,  bergantung pada umur, jantina, dan kelas pekerjaan.


Boleh rujuk manfaat di bawah.




Tuesday, 26 January 2016

Ringkasan Produk


Ringkasan Produk

Adakah anda sudah mengambil perlindungan untuk anda atau family anda? Jika ya, anda telah membuat satu perancangan yg bijak. Mungkin , dengan terus membaca blog saya ini anda dapat membandingkan perlindungan yang telah anda ambil dengan polisi kami di MAA Takaful. Jika belum, inilah masanya untuk anda memahami perlindungan MAA takaful yang mana telah memenangi produk Takaful terbaik selama 3 tahun berturut-turut untuk tahun 2009, 2010 dan 2011.

MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama strategik diantara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat Takaful yang terbesar di dunia Arab.
Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.
Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit.

Terdapat beberapa produk penting di MAA Takaful:

A. SIMPANAN
Simpanan nie terbuka untuk semua peringkat umur, dari umur 30 hari hinggalah 60 tahun. Simpanan akan disertakan dengan perlindungan asas dari serendah RM50 sebulan.Kalau untuk kanak-kanak MAA ada menyediakan education plan yg mana memberi elaun SPM hingga RM1000. Disamping simpanan dan perlindungan asas MAA juga menyediakan perlindungan tambahan atau "Rider tambahan" seperti di bawah : kita boleh pilih yg mana kita mahu dan tidak. Antaranya:-
1.       Perlindungan Kemalangan- Jika berlaku kemalangan MAA akan bayar mengikut jumlah perlindungan yg kita ambil.Putus jari pun MAA bayar.MC juga akan dibayar jika di MAA.
2.       Haji – Rider ini untuk peserta yg plan nak pergi Haji. Secara automatic peserta akan mendapat khairat kematian sebanyak RM7000. Jika berlaku kematian peserta di arab Saudi, MAA akan bayar 2 kali ganda jumlah perlindungan. Jadi dapatkan perlindungan anda sebelum anda ke tanah suci di samping simpanan yg mendapa pulangan yang tertinggi.
3.       Penyakit-penyakit Wanita – Rider ini khusus untuk wanita sahaja. Manfaatnya seperti:
a.      Pemeriksaan Tahunan -antaranya : darah.Pap Smear,Mamogram,dsbgnya –anda boleh claim setiap tahun.
b.      Kanser Wanita - antaranya : Payudara,Ovari,Uterus
c.      Karsinoma In-Situ Wanita - antaranya :kanser peringkat awal
d.      Systemic Lupus
e.      Squamous Intraepithelial - antaranya :Perlindungan CIN 111
f.       Fibroid - antaranya : tumor dalam uterus
g.      Sista Ovari
h.      Pembedahan Reconstruktif muka akibat kemalangan
i.       Pembedahan Reconstruktif Payu Dara akibat kemalangan dan kanser
j.       Pemindahan kulit akibat terbakar dan kanser kulit
k.      Keretakan tulang akibat Osteoporosis
l.       Artritis Reumatoid dengan komplikasi
4.       Golden Wanita (usia Emas) –Rider ini untuk wanita jika kehilangan pada kebebasan kehidupan – maksudnya kalau kita tak boleh buat dengan sendiri 3 perkara di bawah, MAA akan bayar jumlah perlindungan yg kita ambil.
a.      Pemindahan 
b.      Pergerakkan 
c.      Kontinens  Pakaian  
d.      Mandi/bersihkan diri 
e.      Makan
5.       Perlindungan Wanita Bersalin. – untuk wanita bersalin pun MAA ada perlindungan. Siap bagi elaun lagi kalau kita dapat baby. Untuk wanita, bagitau husband suruh bayar …
a.      Elaun kelahiran - 1% RSC (max RM500) kuatkuasa pd thn kedua
b.      Manfaat Kemasukan Hospital Akibat Komplikasi Kehamilan (elaun RM200 sehari(max 7 hari)) jika alami penyakit tertentu
c.      Kematian Ibu akibat kelahiran - 200% RSC (max 600K)
d.      Komplikasi kehamilan - antaranya; lahir mati selepas 196hr hamil
e.      Penyakit Kongenital bayi - antaranya; sindrom down ,kecacatan
6.       Penyakit Juvana – Rider ini untuk anak atau adik kita di bawah 16 thn. Perlindungan ini khusus untuk perlindungan penyakit kanak-kanak sahaja. Ada 8 jenis penyakit yg dilindungi bawah plan nie. Kalau anak atau adik kita kena saja penyakit nie MAA akan terus bayar perlindungan yg kita ambil.cth mcm asma,leukaemia dan lain2 lagilah..
7.       Manfaat Hospital- Rider ini mcm biasalah kita dengar … kalau kita kena bermalam kat hospital, kita layak dapat elaun harian. Kalau nak elaun pembedahan pun MAA ada.
8.       46 jenis Penyakit kritikal – untuk yg nie pulak, MAA akan bayar jumlah perlindungan kalau kita kena salah satu dari 46 penyakit nie. Banyak sangat kalau Saya nak listkan kat sini. Rider yg di tawarkan MAA ini adalah yang terendah di dalam pasaran.
9.       Pengecualian caruman untuk Pembayar– Rider ini terbaik untuk anak-anak dan ibubapa kita yg tua. Kalau kita ambil yg nie kita x perlu risau lagi pasal perlindungan anak dan ibubapa kita. Jika terjadi apa-apa kepada pembayar, MAA akan tanggung bayaran bulanan takaful anak atau adik anda hingga umur 25 tahun. Kalau untuk ibubapa kita pula sampai diaorang umur 65 tahun. Jadi, walau kita dah tiada atau lumpuh nasib mereka masih terjamin kan.
10.       Pengecualian caruman untuk orang yg dilindungi– Rider ini akan melindungi jumlah bayaran tahunan yg dibayar. Maksudnya, jika orang yang di lindungi mengidap satu dari 46 jenis penyakit MAA akan membayar jumlah perlindungan tahunan sehingga tempoh yang kita kehendaki.Jadi orang yang dilindungi tidak lagi perlu risau pasal bayaran polisinya.

B. MEDICAL CARD
Kita ada  beberapa pilihan di MAA. Perlindungan yang paling rendah adalah RM150,000 seumur hidup dan yg paling tinggi hingga RM600,000. Jumlah bayaran dari serendah RM32 saja dan ianya mengikut umur kita. Lagi muda lagi la rendah bayarannya. Kalau kita ambil simpanan dan medical kad sekali, lagi murah. Jumlah bayaran untuk Medical kad dari serendah RM19 sahaja. Jangan ingat orang lain sahaja boleh pegi private hospital. Kalau kita dah ada medical kad, why not kita beli untuk anak, adik atau ibubapa kita kan. Saya nak ingatkan kepada sesiapa yg dah ada medical kad dari company kat tempat kerja tu. Selalunya kita lupa yg jumlah company cover tu terlalu rendah untuk zaman sekarang. Company sengaja menyediakan medical kad untuk kita terus stay kerja dengan diaorang. Selalunya kita cuma akan sedar bila dah sakit. Masa tu kalau kita nak medical kad pun dah x laku. Pikir2kanlah. Sebab dah ada bukti staff kat tempat kerja saya kena operation. Last2 dia pulak yg kena bayar kat company pasal coverage x cukup. Kesian kan? Jadi bersedialah sebelum terlambat. Cuba check dengan HR jumlah perlindungan anda.Itu jerlah buat masa nie, sambil berniaga sambil beramal. Niat nak tolong yg x tahu. Kalau dah tahu, Alhamdulillah. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la whtsup@sms@kol:midie-010-7936650

PELAN TAKAFUL KELUAGA

PELAN TAKAFUL KELUAGA BERKAITAN PELABURAN

Takafulink merupakan pelan Takaful Keluarga yang memberi anda kebebasan perlindungan juga pelaburan yang diluluskan Syariah tanpa adanya prejudis. Ianya unik kerana ia menawarkan perlindungan serta kaedah penabungan tetap secara berdisiplin. Pelan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan

. Sebahagian daripada caruman anda dikumpul dan diurus oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan pelaburan yang menarik.

MENGAPA PELAN TAKAFULINK?

Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda menjamin masa depan yang anda impikan serta perlindungan kewangan yang anda perlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

DANA-DANA TAKAFULINK

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth· Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi
· Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi

Dana MAA Takaful Shariah Balanced
· Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang
· Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi

Dana MAA Takaful Shariah Income· Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
· Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana

SIAPAKAH YANG LAYAK?
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

BAGAIMANA DENGAN KADAR CARUMAN?
Anda boleh memiliki Takafulink pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membuatcaruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.

APAKAH PILIHAN YANG DISEDIAKAN?
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekaligus sebanyak RM1,000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam akaun Pelaburan Peserta (PIA).

ADAKAH CARUMAN YANG DIBAYAR DIBERI PELEPASAN CUKAI?
Caruman yang dibayar diberi Pelepasa Cukai, beserta Takaful Keluarga / Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Takafulink Pendidikan



TAKAFUL EDUCATION


TAKAFULINK EDUCATION


 

          Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan kita hari ini. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak diperolehi dalam harga yang rendah.

          Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan. Oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah. Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah yang pertama.

          Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.


Takafulink Education


Adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, PelanTakafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan masa depan anak-anak anda
 
Perlindungan 


Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa. Sekiranya berlaku Kematian, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.


Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum usia 25 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan berubah-ubah mengikut prestasi asas dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.



Jenis Akaun
 

Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas Dilindungi adalah berbayar dari dana tersebut.

Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% -1.5% setahun, yang dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat.


Jumlah Fleksibiliti

Anda boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan bernilai Takafulink Education, selama mana dana mencukupi dalam PIA anda bagi membayar caj-caj PRIA.  Caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun dan boleh dibayar mengikut bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.


Manfaat Elaun Pencapaian Pelajaran

Manfaat ini akan dibayar dari dana pemegang saham berdasarkan konsep Hibah (sebagai hadiah dari Pengendali Takaful kepada Peserta-peserta) dan merujuk kepada budibicara mutlak Pengendali Takaful. Jumlah maksimum yang akan dibayar dibawah manfaat ini dihadkan kepada RM 1,000. Jadual pembayaran adalah seperti berikut;


Keputusan SPM
Manfaat akan dibayar (RM)
5A’s
RM500.00
8A’s
RM1,000.00

 

Manfaat Tambahan Pilihan Takafulink Education:


1.   Pengecualian Caruman akibat penyakit berbahaya

Mengecualikan caruman dalam keadaan di mana pencarum meninggal dunia, hilang upaya keseluruhan dan kekal atau didiagnos akibat 46 penyakit kritikal.


2.   Pelepasan Cukai Pendapatan


Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM3,000 untuk Pelan Takaful Pendidikan.

 

Peruntukan Caruman Takafullink Education

 

Caruman yang dibayar adalah berdasarkan jumlah peruntukan seperti berikut:
(contoh adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000)

 
PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFULINK EDUCATION



Tahun

1

2

3

4

5

6

Tahun Seterusnya

Jumlah

Caruman (RM)

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

Peruntukan

Caruman (%)

40

50

70

70

80

80

100

Caruman Diperuntukkan (RM)

400

500

700

700

800

800

1,000

Yuran Wakalah
(RM)

600

500

300

300

200

200

0

*Yuran Wakalah (Yuran Pengurusan)

Caruman yang telah diperuntukkan akan digunakan untuk membeli unit di Dana Syariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.  Berdasarkan contoh di atas, pada tahun ke 5, RM800 akan dkgunakan untuk membeli unit di mana beberapa unit akan ditolak untuk membayar yuran dan caj untuk sijil. 
 
  




Bagaimana Dana Takafulink Education diuruskan?

 

Dana yang diluluskan oleh Syariah diuruskan secara profesional oleh Pengurus Dana yang berpengalaman serta berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang lebih keatas pelaburan anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth

• Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi. • Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.


Dana MAA Takaful Shariah Balanced


• Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.

• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.


Dana MAA Takaful Shariah Income


  Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.

• Bagi perserta yang mempunyai toleransi risiko yang rendah hingga sederhana.


Dana MAA Takaful Shariah Flexi


• Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset daripada dana tersebut.


• Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima aliran pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
 
SOALAN LAZIM
 
Siapakah yang layak?
Takafulink Education disediakan untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari hingga 15 tahun.

Bagaimana dengan kadar caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink Education pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.

Anda diberi fleksibiliti untuk membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.

Apakah pilihan yang disediakan?

Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink Education, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Takafulink Education memberikan anda tambahan fleksibiliti kepada top-up di atas dasar yang tetap dengan Takaful Saver, yang mana bermula serendah RM50 sebulan, pada masa yang sama memberikan anda 95% peruntukan caruman.

Tambahan pula, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa, dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000, juga pada 95% peruntukan caruman. Kemudahan ini disediakan untuk anda bagi memaksimumkan pelaburan anda.

Bolehkah Takafulink Education ditukar kepada Pelan Berkaitan Pelaburan yang lain?
Boleh. Pada tarikh matang orang yang dilindungi mempunyai pilihan untuk meneruskan dengan Pelan Takafulink, tanpa sebarang keterangan terhadap kebolehlindungan. Pilihan ini mesti dibuat dalam masa 60 hari pada Tarikh Matang bagi jumlah muka dibawah Pelan Takafulink Education, melainkan keterangan terhadap kebolehlindungan diperlukan.

Bagaimana dengan penilaian harga unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan Syariah MAA Takaful.

Bagaimana dengan penyertaan perkongsian lebihan Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)?

Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh Para Peserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 50:50.

 

Apa itu Hibah Takaful ?

assalamualaikum w.b.t semua shbt2 warga2 blogger.. .dh lamo rasonyo kawe xupdate blog ni.. hehehe..ok tuan2 ...... arini sy nak ...